BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 24, 2008

juki was married


Member rapat aku di maktab mohd marzuki bin mustapa telah sah menjadi suami orang pada hai raya ke-4 dan majlis persandingan di rumahnya berlangsung pada 1/11/2008 saat aku melawat kelantan... kebetulan pulak benda ni macam dah di rancang agaknya....

Pada awalnya ramai yang akan pergi ke rumah marzuki tapi oleh kerana rakan2 ada masalah lain yang x dapat dielakkn jadi hanya aku, wani dan intan yang pergi tp... mujur kak lela classmate aku gak kat maktab ada.... so dia pun pergi sekali gak sebab kami bertiga memang rapat.... dan tidak lupa tetamu jemputan, kak ijan gi juga.......

kami pergi agak lewat sebab menunggu wani n intan yang ada program pada hari itu... so aku dah bagi tahu marzuki yang kami datang lewat n dia pun xde hal n sanggup tunggu kami.....

kami gerak ke rumah marzuki dalam oukul 3.30... perjalanan ke pasir puteh mengambil masa dalam 1 jam..... sampai je di sana aku n the geng di sambut dengan meriah oleh marjuki n isterinya tapi kak lela punya la gelak terbahak2 sebab tengok marzuki punya la lawak berjalan dengan lengan baju dilipat paras siku sambil berjalan kengkang ke arah kami.... aku suruh kak lela sabar n tahan gelak... tp kak lela tergelak la gak sikit cuma menahan gak.....

sampai depan rumah kami di sambut oleh mak marzuki.... adengan paling lawak berlaku bila mak marzuki bertanya kak lela dalam loghat kelantan... aku yang dari tadi dah perasan yang kak lela agak pening2 sbb x faham yang mak kawan aku ni ckp.... tiba2 kak lela mencelah percakapan mak marzuki n ayat yang x akan aku lupa samapai sekarang "KAMI DARI PERAK MAKCIK" aku gelak dalam hati dialog tu jadi ingatan kami....

sesi fotografi bersama pengantin di ambil sebagai kenangan wat....
seronok gak dapat gi majlis bersanding di negeri lain sbb dapat tahu budaya di setiap negeri....










kesian kak lela letih sampai tertido..

BUAT MARZUKI N FARAH.... SELAMAT PENGANTIN BARU SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.... INSYAALLAH....

0 comments: