BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 19, 2010

PeMain Malaikat MaUt SahuT cAbAraN KBS

Boleh ke pemain Malaysia berlatih dan bermain di Eropah? Persoalan yang timbul dari semua rakyat Malaysia.

Rupanya rakyat di UBERN dah menyahut seruan KBS dan FAM. Sebelum Menteri berbincang lagi UBERN dah hantar pemain berlatih di luar negara. Dan khabarnya telah memikat pengurus yang cukup disegani di abad ini. Ni kalau menteri tahu ni mesti beliau terkejut dengan perkembangan ini.

Jurulatih yang bertanggungjawab menghantar pemain2 ini memang jurulatih yang serba boleh dari suma segi. Baik dari kejurulatihan, pengajaran, kaki kereta mahupun pertukangan dan perkebunan. Pemain2 tersebut sentiasa di pantau dari masa ke semasa oleh jurulatih tersebut. Tak kira di mana coach berada, sama ada di padang, di kedai minum [paling latest kedai minum coach pergi ialah strawberry cafe], mahupun di ladang dengan menggunakan laptop yang baru di beli.

Pemain2 yang terpilih sedang giat berlatih dan akan dipanggil oleh coach untuk latihan pusat team UBERN bagi pertandingan WORLD CUP kelompok 5. Ini kerana team yang di beri nama jolokan malaikat maut ini adalah juara bertahan 4x berturut yang mana telah mengalahkan rekod team Brazil walaupun menang 5x piala dunia tetapi x pernah menang 4x berturut2. boleh di kira masuk buku Guinness world record la. Maybe pihak guinnes terlepas pandang. Tapi xpe lah.. yang penting UBERN dah melaungkan Malaysia Boleh!!!!!

Pemain yang mantap ini akan menyahut cabaran di WORLD CUP kelompok 5 setelah lama menjalani latihan di kelab tesebut. Pemain2 terhebat yang menjalani latihan di Eropah. Bukan senang nak training kat sini.

Player kesayangan coach paling kiri. Yang lain sape wat salah dia marah tapi dengan player tu dia siap panggil abang siot… terkezut aku dia panggil gtu. Huahuahua….


Harap2 mereka akan mendapat tempat tu kesebelasan utama kelab tersebut.

Coach Team Malaikat Maut rupanya ngam dengan CEO merangkap Direktor Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes tu… siap datang ke MoU Air Asia dengan Manchester United.. dalam diam2 dia rupanya.. patut la player UBERN leh train kat situ.

malu2 cipan lak coach ni


Boleh ker?????

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk menghantar 30 pemain skuad Bawah 23 tahun negara beraksi dengan kelab-kelab terkemuka Eropah.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pendedahan di luar negara itu merupakan jalan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan skuad yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos, baru-baru ini.

Untuk itu, katanya, beliau akan ke England minggu depan sebagai destinasi pertama dalam mencari kelab yang sesuai dan berminat untuk berlatih dengan skuad negara.

Sambil merahsiakan nama-nama kelab terbabit, Shabery berkata, beliau juga akan ke beberapa negara Eropah, selain dari England.

''Apabila pulang nanti dari sana nanti, barulah saya akan umumkan bentuk kerjasama yang kita boleh jalinkan dengan kelab-kelab berkenaan.''

''Mungkin kita akan bahagikan para pemain ini kepada beberapa kelab, tidak semestinya mereka akan tertumpu dengan satu kelab sahaja.

''Saya akan membawa perancangan ini ke Kabinet. Usaha ini amat penting demi pembangunan jangka panjang bola sepak negara,'' katanya.

Gitu lah kata2 Menteri KBS kita. Rupanya hasrat menteri tersebut ada kesinambungan rupanya. Akan to be continue nanti.

Monday, January 11, 2010

78 sudu dan garpu


Gambar menunjukkan 78 sudu dan garpu yang dikeluarkan dari perut Daalman.

AMSTERDAM - Seorang wanita Belanda, Margaret Daalman menelan sebanyak 78 sudu dan garpu kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada memakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia pergi ke sebuah hospital selepas mengadu perutnya sakit dan doktor yang membuat pemeriksaan X-ray berasa terkejut melihat banyak sudu dan garpu dalam perutnya.

Wanita yang berumur 52 tahun itu kemudian dibedah dan semua sudu serta garpu tersebut telah dikeluarkan.



IMEJ X-ray menunjukkan timbunan sudu dan garpu (gumpalan berwarna putih)
dalam perut Daalman.


Namun, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu dan gambar sudu dan garpu tersebut disiarkan buat pertama kali dalam sebuah majalah perubatan Belanda.

Daalman memberitahu doktor: "Saya tidak mengetahui kenapa (saya menelannya) tetapi saya berasa mahu untuk memakannya. Saya tidak dapat membantu diri saya (untuk tidak menelannya)." - Agensi

Monday, January 4, 2010

RaNgkUmAn 2009 (1)

lawatan prasekolah ke KL






masa ni memang tengah hangat H1N1 di pasaran antarabangsa.. kitaorang redah jer. Alhamdulillah suma berjalan lancar.

Wednesday, December 23, 2009

bercuti

sori lame x update blog sbb ada komitmen dgn family baru ni..
dah settle suma aku update kembali....


tunggu.......

Friday, August 7, 2009

The Battle is Back

EPL 2009/2010 akan bermula munggu hadapan... di mana esok Juara EPL dan Juara Piala FA akan berentap sebagai tandanya permulaan EPL dalam piala komuniti di stadim keramat England iaitu Wembley...
Para pemerhati sukan mengatakan perlawanan esok menjadi titik permulaan pasukan yang akan menjadi juara EPL..

Tp bagi aku juara EPL bergantung kepada tahap konsisten pasukan dalam mengharungi perlawanan yang agak mencabar dan padat lebih2 lagi dijangkakan EPL akan habis awal kerana untuk persiapan Piala Dunia pada tahun depan. Lihat saja Chelsea dan Manchester City yang mana begitu gah pada awal musim namun tidak dapat mengekalkan konsisten permainan dan tidak mampu bersaing dengan Manchester United dan Liverpool yang terus bersaing untuk kejuaraan sehingga akhir perlawanan liga.

Musim ni juga EPL agak kurang panas dengan pembelian pemain baru di mana hanya pasukan tetangga MU iaitu Machester City saja yang berbelanja besar membeli pemain. Namun kebanyakan yang dibeli hanya pemain dari EPL saja. Mampukah kelab dengan jolokan Eastland ni memberi saingan kelab BIG FOUR. kita tunggu season baru ni.

Pasukan favourite aku Manchester United penerima yuran jualan paling tinggi di dunia setelah menjual Ronaldo ke Real Madrid juga hanya berbelanja sekitar 22juta pound saja dari 80 juta pound yang di terima oleh MU.

Dengan kemasukan pemain yang berpengaruh di England semasa beliau mewakili liverpool akan memantapkan lagi barisan serangan dan lebih banyak gol dijaringkan bersama team 1negara si rooney, berbatov dan pemain remaja sedang up macheda. Micheal Owen akan menamatkan zaman suram si Newcastle United. Antonio Valencia juga diharap akan dapat memantapkan lagi bahagian sayap setelah perpindahan C7 disamping Obertan bagi memantapkan lagi bahagian tengah MU. Moga Owen dapat kembali main untuk England di mana pemain idola cikgu Redza dapat menamatkan kemarau jaringan buat England.

Barisan MU yang sedia ada memang sudah seimbang sebab hasil gabungan pemain senior dan remaja sudah mendapat keserasian di mana Sir Fergi tidak teragak2 untuk menurunkan pemain remaja seperti pasangan kembar Rafael dan Fabio(bakal mengganti Neville's family), Macheda, Welbeck, Gibson, Tosic dan Jonny Evans akan menjadi lebih yakin dan tidak gugup untuk beraksi.

Barisan senior seperti Giggs, Scholes, G.Neville, Van Der Sar, Ferdinand, Vidic, Rooney dan beberapa pemain senior tidak kedekut ilmu membantu pemain remaja ketika beraksi di padang.

MU setakat ni memang leh bersaing dan cuba mendapatkan gelaran juara EPL kali ke19

STEADY MU!!!!

Jadi Crew2 Ubern macam mane

Team Liverpool - Firol n Cipans
Team Chelsea - Zeq n John
Team Arsenal - Burn
Manchester United tunggu persaingan team2 ni merebut piala ni


selamat datang wolverhampton, birmingham dan burnely ke EPL ..









Thursday, August 6, 2009

Ubern di SeRaNG!!!

Baru-baru ni ubern di serang wabak yang sedang agak top n paling hangat ranking pertama dunia yang mana mengalahkan negara brazil dalam ranking fifa... huhuhuhuhu... hanya selingan saje...

hari rabu tanggal 5 ogos 2009 kebanyakkan murid sudah ada simptom2 influenza A H1N1 yang mana memang membahayakan diri manusia di seluruh dunia... cikgu sham terus memainkan peranan memanggil pihak hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut kepada murid2... suasana agak tenang tetapi cemas masih terbenak di hati masing2 takut2 virus ni memang ada di ubern...

ni saat2 pemeriksaan doktor tertamanya mak jasmine pada budak2 boleh wat peace lagi tu sedangkan yang lain agak cemas ckit.





sham mengambil nama murid yang terpilih untuk di buat saringan di hospital sedang cikgu norman mententeramkan murid2 yang agak takut untuk ke hospital



murid2 kembali tenang setelah di beri kata2 perangsang oleh cikgu norman



murid pun di bawa ke hospital aku dan cikgu norman telah di amanahkan untuk ikut sekali ke hospital. jadi aku pun pergi la dengan menaiki kuda hitam bernombor plat AGT4545. manakala budak2 menaiki ambulans.




saat ketika murid2 di hospital...


agak ceria budak2 ni... yang penting kita enjoy.....


setelah di beri briefing dengan sahabat baik zek paling rapat tahap gaban di hospital iaitu Dr 'M' bukan nama sebenar... syukur alhamdulillah di ubern ni suci dari virus H1N1 ni... dan perlu samak.. huhuhuhu... dia berkata budak2 ni juz selesema manusia dan bukan selsema babi dek kerana perubahan cuaca yang sekarang ni tidak menentu...

pape pun agak panik juga la sek... kita kena berjaga2.. minta di jauhkan dari segala penyakit merbahaya di ubern, sungai besar n seluruh malaysia..

cikgu nuar ada masukkan doa dalam blognya.. if nak sila tekan di sini (tekan)