BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 11, 2010

78 sudu dan garpu


Gambar menunjukkan 78 sudu dan garpu yang dikeluarkan dari perut Daalman.

AMSTERDAM - Seorang wanita Belanda, Margaret Daalman menelan sebanyak 78 sudu dan garpu kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada memakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia pergi ke sebuah hospital selepas mengadu perutnya sakit dan doktor yang membuat pemeriksaan X-ray berasa terkejut melihat banyak sudu dan garpu dalam perutnya.

Wanita yang berumur 52 tahun itu kemudian dibedah dan semua sudu serta garpu tersebut telah dikeluarkan.



IMEJ X-ray menunjukkan timbunan sudu dan garpu (gumpalan berwarna putih)
dalam perut Daalman.


Namun, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu dan gambar sudu dan garpu tersebut disiarkan buat pertama kali dalam sebuah majalah perubatan Belanda.

Daalman memberitahu doktor: "Saya tidak mengetahui kenapa (saya menelannya) tetapi saya berasa mahu untuk memakannya. Saya tidak dapat membantu diri saya (untuk tidak menelannya)." - Agensi

3 comments:

emmii said...

uhh...apa nih? teruknya. tak de plak luka perut dia bila 1st time makan

Firol said...

sakit jiwa tu

SyaHans said...

dia dah berguru dulu sebelum makan... saje nk test perut leh masuk byk x benda2 tu.
dah terbukti boleh. jadi kita pun leh mkn benda tu gak. hahaaahha.....