Aku teringat
Masa mula2 masuk tahun 1 tahun 1991 aku lewat pergi sek agama sbb singgah kedai runcit. main game 20sen. kena marah dengan mak.
Aku teringat
Pergi KL pada tahun 2001 hantar kunci asrama.
Aku teringat
tahun 2005 aku lepak2 tgk tv kat rumah sewa.
Aku teringat
tahun 2009 aku lepak2 rumah sewa tuk beli barang kawin.
Dan pada tahun 2010 tanggal 7 April 2010
Perginya sepupu yang paling rapat dengan aku akibat kemalangan jalan raya pada 5 April. Masa aku kecil arwah tinggal dgn nenek ku. aku pun sama gak. Pagi gi Taska then balik aku stay kejap kat rumah nenek. Arwah la yang jd geng bermain dengan aku. Susah senang aku dengan arwah. baik buruk aku dengan arwah. menahan leteran dengan nenek sbb nakal sangat. hehehehe..
kehilangan beliau memang amat dirasai. aku x mampu menhan sebak dan terkejut. aku lagi syahdu bila makcik n pakcik aku kata kawan main ko dulu dah xde. wwwwaaaaaaaaaa...
kita yang hidup mesti teruskan kehidupan.
Al-Fatihah untuk Arwah MOHAMMAD HASMER BIN MOHD HUSNAN.
semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.
kenangan yang tinggal dari kecik dan sampai sekarang.
Wednesday, April 7, 2010
kau pergi jua..
Posted by SyaHans at 4:01 AM 1 comments
Wednesday, March 24, 2010
KEJUTAN.....
nantikan kemunculan pada hari jumaat
dan pada hr sabtu secara rasmi.
Posted by SyaHans at 8:55 AM 2 comments
Tuesday, January 19, 2010
PeMain Malaikat MaUt SahuT cAbAraN KBS
Boleh ke pemain
Rupanya rakyat di UBERN dah menyahut seruan KBS dan FAM. Sebelum Menteri berbincang lagi UBERN dah hantar pemain berlatih di luar negara. Dan khabarnya telah memikat pengurus yang cukup disegani di abad ini. Ni kalau menteri tahu ni mesti beliau terkejut dengan perkembangan ini.
Jurulatih yang bertanggungjawab menghantar pemain2 ini memang jurulatih yang serba boleh dari suma segi. Baik dari kejurulatihan, pengajaran, kaki kereta mahupun pertukangan dan perkebunan. Pemain2 tersebut sentiasa di pantau dari masa ke semasa oleh jurulatih tersebut. Tak kira di mana coach berada, sama ada di
Pemain yang mantap ini akan menyahut cabaran di WORLD CUP kelompok 5 setelah lama menjalani latihan di kelab tesebut. Pemain2 terhebat yang menjalani latihan di Eropah. Bukan senang nak training kat sini.
Player kesayangan coach paling kiri. Yang lain sape wat salah dia marah tapi dengan player tu dia siap panggil abang siot… terkezut aku dia panggil gtu. Huahuahua….
Harap2 mereka akan mendapat tempat tu kesebelasan utama kelab tersebut.
Coach Team Malaikat Maut rupanya ngam dengan CEO merangkap Direktor Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes tu… siap datang ke MoU Air Asia dengan
Posted by SyaHans at 8:49 AM 9 comments
Boleh ker?????
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk menghantar 30 pemain skuad Bawah 23 tahun negara beraksi dengan kelab-kelab terkemuka Eropah.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pendedahan di luar negara itu merupakan jalan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan skuad yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos, baru-baru ini.
Untuk itu, katanya, beliau akan ke England minggu depan sebagai destinasi pertama dalam mencari kelab yang sesuai dan berminat untuk berlatih dengan skuad negara.
Sambil merahsiakan nama-nama kelab terbabit, Shabery berkata, beliau juga akan ke beberapa negara Eropah, selain dari England.
''Apabila pulang nanti dari sana nanti, barulah saya akan umumkan bentuk kerjasama yang kita boleh jalinkan dengan kelab-kelab berkenaan.''
''Mungkin kita akan bahagikan para pemain ini kepada beberapa kelab, tidak semestinya mereka akan tertumpu dengan satu kelab sahaja.
''Saya akan membawa perancangan ini ke Kabinet. Usaha ini amat penting demi pembangunan jangka panjang bola sepak negara,'' katanya.
Gitu lah kata2 Menteri KBS kita. Rupanya hasrat menteri tersebut ada kesinambungan rupanya. Akan to be continue nanti.
Posted by SyaHans at 7:32 AM 0 comments
Monday, January 11, 2010
78 sudu dan garpu
Gambar menunjukkan 78 sudu dan garpu yang dikeluarkan dari perut Daalman.
AMSTERDAM - Seorang wanita Belanda, Margaret Daalman menelan sebanyak 78 sudu dan garpu kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada memakannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia pergi ke sebuah hospital selepas mengadu perutnya sakit dan doktor yang membuat pemeriksaan X-ray berasa terkejut melihat banyak sudu dan garpu dalam perutnya.
Wanita yang berumur 52 tahun itu kemudian dibedah dan semua sudu serta garpu tersebut telah dikeluarkan.
IMEJ X-ray menunjukkan timbunan sudu dan garpu (gumpalan berwarna putih)
dalam perut Daalman.
Namun, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu dan gambar sudu dan garpu tersebut disiarkan buat pertama kali dalam sebuah majalah perubatan Belanda.
Daalman memberitahu doktor: "Saya tidak mengetahui kenapa (saya menelannya) tetapi saya berasa mahu untuk memakannya. Saya tidak dapat membantu diri saya (untuk tidak menelannya)." - Agensi
Posted by SyaHans at 5:38 AM 3 comments
Monday, January 4, 2010
RaNgkUmAn 2009 (1)
lawatan prasekolah ke KL
masa ni memang tengah hangat H1N1 di pasaran antarabangsa.. kitaorang redah jer. Alhamdulillah suma berjalan lancar.
Posted by SyaHans at 12:52 AM 0 comments