BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 7, 2009

The Battle is Back

EPL 2009/2010 akan bermula munggu hadapan... di mana esok Juara EPL dan Juara Piala FA akan berentap sebagai tandanya permulaan EPL dalam piala komuniti di stadim keramat England iaitu Wembley...
Para pemerhati sukan mengatakan perlawanan esok menjadi titik permulaan pasukan yang akan menjadi juara EPL..

Tp bagi aku juara EPL bergantung kepada tahap konsisten pasukan dalam mengharungi perlawanan yang agak mencabar dan padat lebih2 lagi dijangkakan EPL akan habis awal kerana untuk persiapan Piala Dunia pada tahun depan. Lihat saja Chelsea dan Manchester City yang mana begitu gah pada awal musim namun tidak dapat mengekalkan konsisten permainan dan tidak mampu bersaing dengan Manchester United dan Liverpool yang terus bersaing untuk kejuaraan sehingga akhir perlawanan liga.

Musim ni juga EPL agak kurang panas dengan pembelian pemain baru di mana hanya pasukan tetangga MU iaitu Machester City saja yang berbelanja besar membeli pemain. Namun kebanyakan yang dibeli hanya pemain dari EPL saja. Mampukah kelab dengan jolokan Eastland ni memberi saingan kelab BIG FOUR. kita tunggu season baru ni.

Pasukan favourite aku Manchester United penerima yuran jualan paling tinggi di dunia setelah menjual Ronaldo ke Real Madrid juga hanya berbelanja sekitar 22juta pound saja dari 80 juta pound yang di terima oleh MU.

Dengan kemasukan pemain yang berpengaruh di England semasa beliau mewakili liverpool akan memantapkan lagi barisan serangan dan lebih banyak gol dijaringkan bersama team 1negara si rooney, berbatov dan pemain remaja sedang up macheda. Micheal Owen akan menamatkan zaman suram si Newcastle United. Antonio Valencia juga diharap akan dapat memantapkan lagi bahagian sayap setelah perpindahan C7 disamping Obertan bagi memantapkan lagi bahagian tengah MU. Moga Owen dapat kembali main untuk England di mana pemain idola cikgu Redza dapat menamatkan kemarau jaringan buat England.

Barisan MU yang sedia ada memang sudah seimbang sebab hasil gabungan pemain senior dan remaja sudah mendapat keserasian di mana Sir Fergi tidak teragak2 untuk menurunkan pemain remaja seperti pasangan kembar Rafael dan Fabio(bakal mengganti Neville's family), Macheda, Welbeck, Gibson, Tosic dan Jonny Evans akan menjadi lebih yakin dan tidak gugup untuk beraksi.

Barisan senior seperti Giggs, Scholes, G.Neville, Van Der Sar, Ferdinand, Vidic, Rooney dan beberapa pemain senior tidak kedekut ilmu membantu pemain remaja ketika beraksi di padang.

MU setakat ni memang leh bersaing dan cuba mendapatkan gelaran juara EPL kali ke19

STEADY MU!!!!

Jadi Crew2 Ubern macam mane

Team Liverpool - Firol n Cipans
Team Chelsea - Zeq n John
Team Arsenal - Burn
Manchester United tunggu persaingan team2 ni merebut piala ni


selamat datang wolverhampton, birmingham dan burnely ke EPL ..









Thursday, August 6, 2009

Ubern di SeRaNG!!!

Baru-baru ni ubern di serang wabak yang sedang agak top n paling hangat ranking pertama dunia yang mana mengalahkan negara brazil dalam ranking fifa... huhuhuhuhu... hanya selingan saje...

hari rabu tanggal 5 ogos 2009 kebanyakkan murid sudah ada simptom2 influenza A H1N1 yang mana memang membahayakan diri manusia di seluruh dunia... cikgu sham terus memainkan peranan memanggil pihak hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut kepada murid2... suasana agak tenang tetapi cemas masih terbenak di hati masing2 takut2 virus ni memang ada di ubern...

ni saat2 pemeriksaan doktor tertamanya mak jasmine pada budak2 boleh wat peace lagi tu sedangkan yang lain agak cemas ckit.





sham mengambil nama murid yang terpilih untuk di buat saringan di hospital sedang cikgu norman mententeramkan murid2 yang agak takut untuk ke hospital



murid2 kembali tenang setelah di beri kata2 perangsang oleh cikgu norman



murid pun di bawa ke hospital aku dan cikgu norman telah di amanahkan untuk ikut sekali ke hospital. jadi aku pun pergi la dengan menaiki kuda hitam bernombor plat AGT4545. manakala budak2 menaiki ambulans.




saat ketika murid2 di hospital...


agak ceria budak2 ni... yang penting kita enjoy.....


setelah di beri briefing dengan sahabat baik zek paling rapat tahap gaban di hospital iaitu Dr 'M' bukan nama sebenar... syukur alhamdulillah di ubern ni suci dari virus H1N1 ni... dan perlu samak.. huhuhuhu... dia berkata budak2 ni juz selesema manusia dan bukan selsema babi dek kerana perubahan cuaca yang sekarang ni tidak menentu...

pape pun agak panik juga la sek... kita kena berjaga2.. minta di jauhkan dari segala penyakit merbahaya di ubern, sungai besar n seluruh malaysia..

cikgu nuar ada masukkan doa dalam blognya.. if nak sila tekan di sini (tekan)