BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 28, 2008

Rebah ketika bermain badminton

BENTONG 28 Nov. - Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa beliau sakit malah kelihatan sihat dan cergas.

Seorang saksi, Azmi Arifin, 46, ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, Allahyarham yang beria-ia hendak bermain badminton dengan kakitangan Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, dekat sini.

"Datuk yang beria-ia hendak main badminton, semasa kami sedang bermain, Allahyarham nampak sihat dan cergas, tak pula menunjukkan tanda-tanda yang beliau dalam kesakitan," katanya ketika ditemui di Hospital Bentong di sini hari ini.

Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di institut tersebut ketika sedang bermain badminton kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

more..

Allahyarham berada di institut tersebut kerana menghadiri Konvensyen Nasional ke-8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Bagaimanapun, Azmi yang bertugas sebagai pembantu am di IAB memberitahu, Razali tidak banyak bercakap ketika sedang bermain dan apabila permainan berlanjutan sehingga ke set kedua, Allahyarham semakin menjadi pendiam.

"Kami bermain badminton secara beregu, saya dan rakan bermain menentang datuk dan pasangannya.

"Masa tengah main dalam set kedua ketika kedudukan mata 9-11, datuk yang cuba mengambil bola kelihatan tercungap-cungap dan jatuh terlentang.

"Semasa arwah jatuh terlentang, Allahyarham sempat menyebut kalimah Allahuakbar, kami yang berada di situ agak panik dan bergegas telefon ambulans serta polis untuk mendapatkan bantuan," jelasnya lagi.

Azmi berkata, kira-kira 15 orang berada di gelanggang yang menyaksikan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan IAB, Ebaris Abu Bakti yang berpasangan dengan Razali berkata, permainan terhenti ketika mereka mendahului lawan pada kedudukan mata 11-9.

"Arwah cuba ambil bola tetapi beliau tiba-tiba tercungap-cungap sebelum jatuh terlentang," katanya.

Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abu Karim pula memberitahu, dia sempat menyaksikan Allahyarham jatuh terlentang serta belakang kepalanya terhentak di lantai dan mengakibatkan luka sepanjang dua inci.

Dalam pada itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 9.50 malam.

www.utusan.com.my

AL-Fatihah....

ish.. smlm aku dpt berita lagi yang seorang sahabat aku akan berpindah dari SKUB.. mmg x di sangka la..... kira dia penyeri la sbb bila kami bersembang ada yang di tokok tambah.... mmg meriah suasana la.... satu2nya cikgu asli kat sekolah... masa aku mula2 sampai sekolah.. dia lah mula2 aku jumpa sbb masa tu dia tgh train bdk bola sepak.... asal jumpa je mesti dia n aku pggil pangkt tertinggi... cthnya dato', tan sri, YB.... memang x kering gusi la... trademark dia tepuk 3 kali kat meja...huhuhuhu kini suma tu tinggal kenangan pas ni.... cikgu Redza a/l Ahmad... tgk nama mcm orang melayu tp hakikatnya dia orang asli... kenangan bersama x kan dilupakan....

Tuesday, November 25, 2008

Main bola, tido bolan bola-bola apa

ok buat firol ni aku nya 1st eleven favorite team aku... yang aku idam dari dulu sampai sekarang... kebanyakkannya palyer manchester united aku pilih sbb dah minat sgt dgn team ni dr season 1995/1996 sampai bila2.... leh kira member2 yang seangkatan dengan aku minat manchester united sbb aku la yang expose pada diaorg.. klu x diaorg x tahu pun.... kebetulan tahun aku minat tu saat manchester tgh form.... pastu manchester menang dgn liverpool dlm FA cup lak tu... jgn mare yer fakrul anwar...huhuhuhu....


ok ttanpa membuang masa aku cite la serba sikit tentang 11 player pilihan aku ni hasil kesinambungan player baru n lm... klu dpt team mcm ni confirm team yang di lwn kecut perut.... huhuhu

kita mula dari penjaga gua yang tersohor di abad ini
yang telah membawa manchester united menang treble pada tahun 1998/1999, peter schmeichel ni byk yg di save masa jg gawang MU dan akux leh lupa saat dia save heading fautino asprilia striker newcastle dr colombia... saat tu mesti suma org ingat dah gol tp schmeichel ni leh save.. mmg hero lah dia.

beralih pula pada benteng kubu pertahanan tentera yg membantu penjaga gua dr bola masuk ke gua niah ke, gua tempurung, gua batu caves n sewaktunya dgnnya la tp yang pasti bukan guar.com.my...huhuhu... dari kiri... memperkenalkan pemain serbia yang memang serasi dengan ferdinand sehingga membawa kejayaan MU season 2007/2008 bawa piala champions league.. Nemanja Vidic memang defender paling best aku penah jumpa... tgk gaya nmpk blur2 ckit tp bila kena tackle dengan dia mmg leh patah kaki sape yng kena... bab heading mmg dia teror... byk dah dia score guna kepala dia....
player yang di tengah ialah lagenda real madrid.. Fernando Ruiz Hierro atau Fernando Hierro. aku suka gaya dia yang tenang n rileks bila striker datang menyerang ape kata org tu x mengelabah la.... pakar sepakan percuma gak ni klu roberto carlos x amik.. n paling kanan sekali.... idola aku Rio Gavin Ferdinand atau Rio Ferdinand saat dia lapor diri di MU mmg aku dah jangka... player yang bengis sgt di padang.. sampai striker pun takut la.... jd kapten MU di saat gary neville injured n bawa MU menang champion league... n England pun smpt gak jd kapten saat capelo nk cr kapten...

Beralih pula ke kawasan yang menjadi perhatian ramai... yang itu barisan playmaker, perancang, penggerak n sewaktu dengannya.... dari kiri... aku rasa suma kenal dah temasuk adik aku pun kenal player ni... player yang menjadi kegilaan ramai wanita di dalam dunia ini sehingga wanita yang x penah tahu main bola pun kenal dia... tidak asing lagi David Robert Joseph Beckham atau David Beckham.... player yang memulakan karier di MU... xde sape kenal player ni sehingga dia menjaringkan gol dari tengah padang ketika melawan dengan Wimbledon... dia juga seorang pakar free kick yang tersohor n juga crossing dia sewaktu di MU memang menjadi igauan pasukan lawan kerana dia cross jer Dwight Yorke, Andy Cole, Solskjaer, Sheringham sehingga membawa kejayaan MU menang treble tahun 1998/1999. Nistelrooy pun sempat rasa crossing beckham ni... dia juga pakar sepakan sudut di mana pada champions league final 1998/1999 saat Bayern Munich berkira2 tuk meraikan kejayaan muncul beckham memainkan peranan di mana 2 sepakan sudut yang dia ambil pada masa kecederaan membuahkan hasil dan seluruh pemain dan penyokong bayern tergamam tidak percaya.... Seterusnya pemain berbakat dari AC Milan yang tidak asing lagi di Arena bola sepak ini... iaitu Ricardo Izecson dos Santos Leite atau lebih di kenali sebagai Kaka. pemain ni memang seorang playmaker yang berjaya di zaman ini selepas era Zinedine Zidane.... dia lah yang membawa kemusnahan ketika MU hampir sebelah kaki lagi ke final champion league 2006/2007 apabila dia menjaring hatrik ketika itu... walaupun aku puji Cristiano Ronaldo@Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro kerana season 2007/2008 season kejayaan bg dia sehingga menjadi pemain yang banyak menjaring gol walaupun pada hakikatnya dia bukan striker sejati.... suatu yang membangga kan tetapi masih banyak lagi perlu dia belajar dari Kaka... seterusnya pemain yang aku gelar King... pemain yang berpengaruh di alam bola sepak ni sehingga menjadi duta joga bonito n nike terutamanya... bekas kapten MU yang tidak asing lagi kerana kreadibiliti di atas padang selain kepimpinan n kebengisannya sewaktu meneraju pasukan... Éric Daniel Pierre Cantona namanya atau lebih mesra dengan panggilan KING ERIC.... kenangan yang paling best yang membuat aku terus minat MU ialah jaringan kemenangan yang cantona jaringkan ketika final FA cup 1995/1996 melawan liverpool.... cantona membuat 1st timer di luar kotak penalti yang mana bola terus menerjah jaring pada minit akhir perlawanan. player di zaman ini yang seakan2 cantona main ialah andrea pirlo yang mana dia menjadi penggerak AC Milan selepas kaka... gaya pun ada iras2 la...
seterusnya pemain yang sedang meningkat naik di team Catalan FC Barcelona iaitu
Lionel Andrés Messi... aku tertarik dengan caranya main kerani walaupun saiz badannya kecik dia berani masuk di celah2 pertahan lawan yang lebih besar dr saiz badannya.... tipu helahnya ketika membawa bola lebih terpegun dari Cristiano Ronaldo... aku rasa dia byk belajar dgn ronaldinho sewaktu mereka jadi teammate dl2... kejayaannya membawa argentina menang emas Olimpik kali ke-2 dah menjadi bukti yang messi bakal menjadi pemain yang paling di geruni da aku berharap sgt dia dpt bermain tuk MU suatu masa nnti walaupun mustahil...huhuhu....

Ok..... kita beralih pula pada bahagian yang kerjanya mencetak jer... sepanjang masa mencetak... tah ape yang di cetak pun aku x tau... diaorg ni mencetak gol la pe lagi... posisi yang menjadi kegemaran semua orang termasuk Ramadan... eh masuk juga budak ni dalam ini cerita...huhuhuhu.... dari kiri seorang lagi pemain yang sedang dalam pembikinan di arena bola sepak nama dia
Sergio Leonel "Kun" Agüero del Castillo atau lebih di kenali sebagai Sergio Aguero yang bermain untuk Atletico Madrid... pemain ni sgt bagus n berpasangan dgn Messi ketika wakil Argentina masa sukan Olimpik sehingga membawa pulang emas kali ke-2 Argentina... player ni walupun kecil ala2 mcm Maradona tetapi sekali dia dpt bola berdesup mcm lipas kudung.... bakal menantu Maradona tu pernah di anggap oleh maradona sebagai pemain yang bakal digeruni bersama dengan Messi... aku harap gak MU dapat recruit dia main tuk MU walaupun mustahil... sbb dia ni leh di anggap sebagai Fernando Torres 2 la sbb dia Torres pun main tuk Atletico Madrid n aku x nk la MU hampa lagi coz x dpt Torres dl... seterusnya... player yang wat aku start minat main bola sepak dr tahun 1994 ketika World Cup di USA samapi sekarang ni... mula2 aku minat jerseynya sbb tahun 1994 tu memang menarik minat aku and klu jumpa lagi jersey tu mmg aku akan frame la... pastu aku minat lak dengan mamat ni.. gaya dia main memukau aku... namun malang sbb team tu tersangkut pasa 1/4 akhir dengan Bulgaria... dia yang aku maksudkan Jürgen Klinsmann bekas kapten Jerman yang membawa Jerman menang euro 1996 di England walaupun dia x dpt main di final sbb di gantung perlawanan... namun permainan dia dah cukup wat jerman layak ke final n seterusnya menjadi juara... gaya dia yang menarik minat aku sbb dia rajin n kepimpinan dia sewaktu di padang membuatkan semua hormat pada dia... dia juga telah membuktikan bahawa dia layak menjadi coach apabila membawa jerman menduduki tmpt ke-3 di saat Jerman menjadi tuan rumah pada tahun 2006.. sekarang dia sedang membimbing Bayern Munich... pada awal musim agak goyah n terumbang ambing sbb player lmbt panas n akhir pas 5-6 perlawanan baru team dia panas n sekarang ni sedang form.. seterusnya last but not least... pemain yang aku kagumi... memiliki wajah iras baby n sentiasa tersenyum jer... iaitu Ole Gunnar Solskjaer... pemain ni di gelar super-sub di MU sbb setiap kali dia masuk jer mesti score.. n kenangan x leh lupa dia menjaring 1 gol ketika final Champion League 1998/1998 yang membawa kemenangan kepada MU... oleh kerana selalu cedera... dia bersara awal n sekarang ni menjadi coach di MU melatih striker MU agar lebih tajam lagi ketika menjaringkan gol....

tu la kisahnya team pilihan aku hasil pemerhatian aku n hasil pembacaan aku... so fakrul... anda berpuas hati... huhuhuhu...

sedihnya...

maybe aku baru kenal dia setahun jagung.... tp rasa mcm dah kenal dia 8 tahun.....
orang nya jujur n ramah sangat... gitu juga dengan bini dia.... anaknya mmg aku kenal coz ku ajar anak dia.... masaaku mula2 masuk anaknya terus cuti sbb dia ckp x nk dgn blaja dengan cikgu lelaki... puas kwn aku ni pujuk x mau gak... thn ni baru lah dgr ckp sampai anak nya dapat anugerah sahsiah terbaik masa hari anugerah... walaupun anaknya ni kuat agak x suka aku tp dia masih mampu dgr ckp n arahan aku... tu yang wat dia terpilih dr anak murid aku yang lain.... ok berbalik pada cite kwn aku ni... dulu dia ada barang 6g tp skrg dah ada 160g... dah ada kemajuan... saat aku knl dia sempat la gak tlg dia wat friendster tuk dia, tolong selamatkan laptop dia dr ancaman spyware.... huhuhuhu.... dia gak ajar aku ckit2 selok belok sekolah..... paling aku ingat masa mula2 aku msk sekolah aku follow dia amik jersey baru sek tuk bdk2 main ke daerah.... siap dia ckp xpe ke ikut aku ni... aku ckp la xde hal.... kenangan tu suma beb... burn jasa ko x akan aku lupakan sampai bila2.... Insyaallah.... kenang daku dalam doa mu..... amin....

Monday, November 24, 2008

kawan tanya aku jawab

Tag dari firol (ni member masa aku mula masuk ubern sampai ke hari ni...)

What were you doing 5 years ago?
study n stido.....

What were the 5 things on your to do list today?
1) Jenguk email
2) YM dengan somebody
3) tengok-tengok jer TV
4) Main game
5) UPDATE blog if ada yang baru nk d tambah

What are 5 things that you do if you were bilionaire?
1) Pegi Haji
2) Pegi around the world
3) Beli Manchester United n kembangkan bakat player malaysia yang berbakat kat situ...
4) Buka Rumah Anak2 Yatim
5) Wat Amal

What 5 jobs you've had?
takde

Who are 5 person you want to tag?
Fadzli
Redzuan @Burn
Firol
Zack
Cipans@Redza

Thanx Tag aku....

Publish Post

juki was married


Member rapat aku di maktab mohd marzuki bin mustapa telah sah menjadi suami orang pada hai raya ke-4 dan majlis persandingan di rumahnya berlangsung pada 1/11/2008 saat aku melawat kelantan... kebetulan pulak benda ni macam dah di rancang agaknya....

Pada awalnya ramai yang akan pergi ke rumah marzuki tapi oleh kerana rakan2 ada masalah lain yang x dapat dielakkn jadi hanya aku, wani dan intan yang pergi tp... mujur kak lela classmate aku gak kat maktab ada.... so dia pun pergi sekali gak sebab kami bertiga memang rapat.... dan tidak lupa tetamu jemputan, kak ijan gi juga.......

kami pergi agak lewat sebab menunggu wani n intan yang ada program pada hari itu... so aku dah bagi tahu marzuki yang kami datang lewat n dia pun xde hal n sanggup tunggu kami.....

kami gerak ke rumah marzuki dalam oukul 3.30... perjalanan ke pasir puteh mengambil masa dalam 1 jam..... sampai je di sana aku n the geng di sambut dengan meriah oleh marjuki n isterinya tapi kak lela punya la gelak terbahak2 sebab tengok marzuki punya la lawak berjalan dengan lengan baju dilipat paras siku sambil berjalan kengkang ke arah kami.... aku suruh kak lela sabar n tahan gelak... tp kak lela tergelak la gak sikit cuma menahan gak.....

sampai depan rumah kami di sambut oleh mak marzuki.... adengan paling lawak berlaku bila mak marzuki bertanya kak lela dalam loghat kelantan... aku yang dari tadi dah perasan yang kak lela agak pening2 sbb x faham yang mak kawan aku ni ckp.... tiba2 kak lela mencelah percakapan mak marzuki n ayat yang x akan aku lupa samapai sekarang "KAMI DARI PERAK MAKCIK" aku gelak dalam hati dialog tu jadi ingatan kami....

sesi fotografi bersama pengantin di ambil sebagai kenangan wat....
seronok gak dapat gi majlis bersanding di negeri lain sbb dapat tahu budaya di setiap negeri....










kesian kak lela letih sampai tertido..

BUAT MARZUKI N FARAH.... SELAMAT PENGANTIN BARU SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.... INSYAALLAH....

Sunday, November 23, 2008

mak n abah tinggalkan kami....




ha.... jgn salah sangka yer... mak n abah ku tinggalkan aku n adik-beradik hanya sementara coz mereka pergi mengerjakan rukun islam yang ke-5 iaitu megerjakan ibadah haji.... tanggal 3/11/2008 bersamaan 5 zulkaedah 1429H pukul 9.30 malam parents aku bersama jemaah lain berkumpul di lembaga tabung haji di kelana jaya... punya la ramai umat kat situ... sbb family lain pun datang beramai2 ke menghantar saudara2 mereka... dan x terkecuali family aku.. tp cuaca ketika kami sampai x mengizinkan sbb hujan.... dan mungkin hari tu juga hari x bernasib baik aku coz kaki aku terseliuh coz termasuk ke dalam lubang yang aku sendiri x perasan... aku gagahkan juga la walaupun kaki mmg sakit tahap gaban.... balik tu bawa keta mcm dah nk tercabut kaki rasanya... tp aku gagahkan juga sbb aku bawa sekali nenek n makcik ku... ni ada la gambar aku sediakan untuk tatapan umum...




AKU DOAKAN PARENTS AKU SELAMAT PEGI N SELAMAT PULANG....
AKU JUGA DOAKAN PARENTS AKU MENDAPAT HAJI MABRUR....INSYAALLAH....

skodeng di klate

2/11/2008... pagi2 aku n yang lain check out dari hotel coz kena cargas gi SK Mulong 2 tuk melawat prasekolah di sekolah tu... sungguh x ku sangka sekolah tu masyaallah memang cantik... al-maklum la sekolah baru.... memang suma benda baru la.... masuk jer dalam prasekolah memang rasa tergamam ckit la sbb kelasnya luas..... x macam kelas aku.... tapi aku tetap bersyukur dengan semua yang ada...... aku amik la ckit2 idea yang leh aku guna tuk kelas aku tuk tahun depan...
ni ada sedikit pictures yang aku sempat amik di sepanjang aku d melawat sekolah tu...






dan sebelum aku berangkat pulang aku baru sedar yang ada seorang murid dok perhati aku dari aku masuk sampai aku keluar kelas tu.... maybe peminat cilik kot... hahahahaha...



ni la lawatan aku ke kelantan.... if berkesempatan akan ku lawat prasekolah lain di negeri lain... if berkesempatan n berharap dapat melawat prasekolah rakan2 aku di maktab......

skodeng di klate


pada tanggal 01/11/2008 aku g kelantan tuk skodeng 1 prasekolah d negeri tu... mlm 31/10/2008 tu aku tunggu la kat ppd hilir perak... punya lah sengal tunggu bas dr kul 8.30pm sampai 10.30pm... sampai tahap nak balik rumah terus la... mujur bas sampai gak... mak oi... jauh datangnya dari taiping.... ni la bas dia



sampai jer di kelantan terus gi pasar siti khadijah.... hajat tu nk sarapan jer tapi di fikir2 baik beli terus keropok2 wat ole2 especially sahabat aku si JOHN@AGUS@KAMARUL tu order keropok sira n keropok kering... aku
pun beli la kan.... tapi dalam masa yang sama aku teman kan la KAK ZALELA n KAK IJAN beli tudung.... aku ingat sekejap sekali lama la pulak... tapi xpe la bukan selalu jadi tourist guide kat situ so aku pun tolong2 la gak tawar2 harga dalam loghat klate sbb aku ada la basic ckit2 sebab aku ada sembang dengan kawan2 kelantan masa belajar dulu ....

ala kak lela n kak ijan x pyh nk malu2.....

pastu rombongan bergerak ke tempat wat batik.... x sempat nak tengok bagaimana batik di wat.... so aku tengok je la baju2 yang telah siap tuk di jual..... nak beli x mampu lagi... duit poket x cukup... telan air liur je la..... sedang2 nak berangkat check-in hotel bas yang aku nak rosak lak... kena terima je la.. tp alhamdulillah bas sempat di repair menjelang esoknya... tengah hari tu aku lepak n rehat di hotel je coz petang2 aku ada program nak g rumah best fren aku masa d maktab bersama wani, intan, kak lela n kak ijan. cerita pasal member aku tu akan aku cerita nanti.....

Malam tu aku lagi sekali bawa kakak 2 orang ni g pasar malam yang mana kawan aku yang bernama intan bagi tau tempat tu lah uptown KB.. kak Ijan punya x-cited pas mandi n solat maghrib terus call aku suruh turun... ish... semangat betul kak ijan yer... jgn marah yer kak ijan nnti kena jual....huhuhuhuhuhh..... kak ijan baik hati orangnya tp aku je yang nakal selalu menyakat dia... hahahaha.... malam tu punya la memborong tudung kak ijan ni... sampai aku pun dia srh minta tolong tawar harga... layan jer..... yang kak lela cuci mata... sedang sibuk kami belek2 tudung n tawar2 harga datang la sekumpulan cikgu2 yang gi sekali rombongan singgah.. dengan harapan nak dpt murah la.... x dpt la.... kami terus blah dari situ... kak ijan pas beli tu siap plan nak g kelantan sendiri naik bas... g mlm n balik mlm esoknya... ingat gi sungai besar ke teluk intan n then patah balik ke kak ijan.... sekali lagi jangan marah kak ijan yer.... nnti kena jual.... saje gurau2 ni.... lebih kurang minta maaf yer.. tu baru lawatan ke kelantan tp ke sekolah x masuk lagi ni... nanti aku masukkan... tangan nak rehat jap... letih menaip ni... k akan bersambung lagi.....

Tuesday, November 18, 2008

RE: NEW BLOG HAVE BORN

aku tlh berhasil untuk mencipta blog lagi satu...
insyaallah akan di update dr ms ke ms..